Projek MyOKUCentre merupakan salah satu inisiatif yang dicadang oleh PERKESO Negeri Pahang menerusi Jawatankuasa Kecil Ekonomi dan Pekerjaan, Majlis Penasihat Orang Kurang Upaya (MPO) Negeri Pahang pada tahun 2024. Ianya disediakan bagi menyelaras dan membantu agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam aspek pemprofilan data pencari kerja (profiling) dan pemadanan pekerjaan (Job Matching).

Image

15 Oktober 2024 | Dewan Kuliah Utama, Pusat Bahasa Moden UMPSA Pekan

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Pahang dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Orang Kurang Upaya Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (OkUMPSA) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Projek MyOKUCentre Negeri Pahang bertempat di Dewan Kuliah Utama, Pusat Bahasa Moden (PBM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).


Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK DAMAi) yang merupakan salah satu ekosistem inklusif UMPSA telah terpilih sebagai satu-satunya MyOKUCentre di daerah Pekan, Pahang

Image
Image
Image

PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PPDK DAMAi UMPSA)

Image

Ditubuhkan pada 19 Mei 2023

Fokus kepada Hab Digital OKU (HaDO)/Hab Teknologi Inklusif (HATi) dan Modul i.K.M.A.L

Image
Image

HAB TEKNOLOGI DAN EKOSISTEM INKLUSIF (HATi)

HATi ialah Pusat Sehenti Komuniti Inklusif Serantau. Ia menawarkan pusat rujukan latihan

dan pembelajaran berasaskan pengalaman secara hibrid dan disruptif kepada

komuniti orang kurang upaya (OKU), penjaga serta penyedia perkhidmatan bagi mempromosikan kehidupan yang sejahtera untuk semua.

Image
Image
Image